Memeluk Islam Kerana Mengkaji Wudhu (subhanaAllah)
Prof
Leopold Werner von Ehrenfels, seorang psikiater dan sekaligus neurology dari
Austria, menemui sesuatu yang menakjubkan
terhadap
wudhu. Ia mengemukakan satu fakta yang sangat mengejutkan.
Bahawa pusat-pusat saraf yang paling peka dari tubuh manusia ternyata berada di
sebelah dahi, tangan, dan kaki.
Pusat-pusat saraf tersebut sangat sensitif terhadap air segar. Dari sini ia
menemui hikmah di sebalik wudhu yang membasuh pusat-pusat saraf tersebut. Malah
ia mencadangkan agar wudhu bukan hanya milik dan kebiasaan umat Islam, tetapi
untuk umat manusia secara keseluruhan.
Dengan sentiasa membasuh air segar pada pusat-pusat saraf tersebut, maka
bererti orang akan memelihara kesihatan dan keselarasan pusat sarafnya. Pada akhirnya
Leopold memeluk agama Islam dan mengganti fakta nama menjadi Baron Omar Rolf
Ehrenfels.
Hikmah Wudhu
Ulama Fekah juga menjelaskan hikmah wudhu sebagai bahagian dari usaha untuk
memelihara kebersihan fizikal dan rohani. Anggota badan yang dibasuh dalam air
wudhu, seperti tangan, kawasan muka termasuk mulut, dan kaki memang paling
banyak bersentuhan dengan benda-benda asing termasuk kotoran. Kerana itu, wajar
kalau anggota badan itu yang harus dibasuh.
Ulama tasawuf menjelaskan hikmah wudhu dengan menjelaskan bahawa anggota badan
yang dibasuh air wudhu memang daerah yang paling sering berdosa. Kita tidak
tahu apa yang pernah diraba, dipegang, dan dilakukan tangan kita. Banyak
pancaindera tersimpul di bagian muka.
Berapa orang yang jadi korban setiap hari dari mulut kita, berapa kali
berbohong, memaki, dan membicarakan aib orang lain. Apa saja yang dimakan dan
diminum. Apa saja yang baru diintip mata ini, apa yang didengar oleh telinga
ini, dan apa saja yang baru dicium hidung ini? Ke mana sahaja kaki ini berjalan
setiap hari?
Tegasnya, anggota badan yang dibasuh dalam wudhu ialah anggota yang paling
berisiko untuk melakukan dosa.Fakta Organ tubuh yang menjadi anggota wudhu
disebutkan dalam ayat al-Maidah [5]:6, adalah wajah, tangan sehingga siku, dan
kaki sehingga hujung kaki.
Dalam hadis riwayat Muslim juga dijelaskan bahawa, air wudhu mampu mengalirkan
dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh mata, hidung, telinga, tangan, dan
kakinya, sehingga yang berkaitan bersih dari dosa.
Kalangan ulama melarang mengeringkan air wudhu dengan kain kerana dalam redaksi
hadis itu dikatakan bahawa proses pembersihan itu sampai titisan terakhir dari
air wudhu itu (ma’a akhir qathr al-ma’).
Wudhu dalam Islam masuk di dalam Bab al-Thaharah (penyucian rohani), seperti halnya
tayammum, syarth, dan mandi junub. Tidak disebutkan Bab al-Nadhafah
(pembersihan secara fisik). Rasulullah SAW selalu berusaha mempertahankan
keabsahan wudhunya.
Yang paling penting dari wudhu ialah kekuatan simboliknya, yakni memberikan
rasa percaya diri sebagai orang yang ‘bersih’ dan setiap waktu dapat
menjalankan ketaatannya kepada Tuhan, seperti mendirikan solat, menyentuh atau
membaca mushaf Al-Quran.Fakta Wudhu sendiri akan menghalang diri untuk
menghindari apa yang secara spiritual merosak citra wudhu. Dosa dan kemaksiatan
berkontradiksi dengan wudhu.
Cara Wuduk Rasulullah S.a.w
Dari Abdullah bin Zaid bin Aasim al-Ansariy r.a, beliau telah ditanya:
“Tunjukkan kepada kami cara Rasulullah S.A.W berwuduk.. Maka beliau pun meminta
sebekas air, lalu menuang sedikit air ke atas tapak tangan dan membasuhnya
sebanyak tiga kali. Kemudian beliau memasukkan tangan ke dalam bekas untuk
mencedok air dengan tangannya dan berkumur-kumur serta memasukkan air ke dalam
hidung dengan air yang sama sebanyak tiga kali. Kemudian beliau mencedok air
sekali lagi lalu membasuh muka sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau mencedok
lagi dengan tangannya lalu membasuh tangan hingga ke paras siku dua kali.
Kemudian beliau mencedok lagi lalu menyapu kepala dalam keadaan menyapu
tangannya dari arah depan kepala ke arah belakang dan menyapu tangannya kembali
ke arah depan kepala, kemudian beliau membasuh kedua kakinya hingga ke paras
buku lali. Selepas itu beliau berkata: Beginilah cara Rasulullah s.a.w
mengambil wuduk .”
(Muslim )
Huraian
Wuduk yang sempurna akan mendapat kekhusyukan dalam sembahyang. Sembahyang yang
dimaksudkan ialah sembahyang yang mampu menegah seseorang itu daripada
melakukan kerja-kerja yang keji dan mungkar kerana wuduk itu bertujuan untuk
membersihkan diri daripada kotoran najis dan hadas sedangkan sembahyang pula
dapat membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah kerana sembahyang adalah
merupakan kafarat (memadamkan) dosa-dosa yang telah lalu, selagi seseorang itu
tidak melakukan dosa-dosa besar.
Wallahu’alam…. -AZ-
Sumber: Facebook.com
Bahawa pusat-pusat saraf yang paling peka dari tubuh manusia ternyata berada di sebelah dahi, tangan, dan kaki.
Pusat-pusat saraf tersebut sangat sensitif terhadap air segar. Dari sini ia menemui hikmah di sebalik wudhu yang membasuh pusat-pusat saraf tersebut. Malah ia mencadangkan agar wudhu bukan hanya milik dan kebiasaan umat Islam, tetapi untuk umat manusia secara keseluruhan.
Dengan sentiasa membasuh air segar pada pusat-pusat saraf tersebut, maka bererti orang akan memelihara kesihatan dan keselarasan pusat sarafnya. Pada akhirnya Leopold memeluk agama Islam dan mengganti fakta nama menjadi Baron Omar Rolf Ehrenfels.
Hikmah Wudhu
Ulama Fekah juga menjelaskan hikmah wudhu sebagai bahagian dari usaha untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani. Anggota badan yang dibasuh dalam air wudhu, seperti tangan, kawasan muka termasuk mulut, dan kaki memang paling banyak bersentuhan dengan benda-benda asing termasuk kotoran. Kerana itu, wajar kalau anggota badan itu yang harus dibasuh.
Ulama tasawuf menjelaskan hikmah wudhu dengan menjelaskan bahawa anggota badan yang dibasuh air wudhu memang daerah yang paling sering berdosa. Kita tidak tahu apa yang pernah diraba, dipegang, dan dilakukan tangan kita. Banyak pancaindera tersimpul di bagian muka.
Berapa orang yang jadi korban setiap hari dari mulut kita, berapa kali berbohong, memaki, dan membicarakan aib orang lain. Apa saja yang dimakan dan diminum. Apa saja yang baru diintip mata ini, apa yang didengar oleh telinga ini, dan apa saja yang baru dicium hidung ini? Ke mana sahaja kaki ini berjalan setiap hari?
Tegasnya, anggota badan yang dibasuh dalam wudhu ialah anggota yang paling berisiko untuk melakukan dosa.Fakta Organ tubuh yang menjadi anggota wudhu disebutkan dalam ayat al-Maidah [5]:6, adalah wajah, tangan sehingga siku, dan kaki sehingga hujung kaki.
Dalam hadis riwayat Muslim juga dijelaskan bahawa, air wudhu mampu mengalirkan dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh mata, hidung, telinga, tangan, dan kakinya, sehingga yang berkaitan bersih dari dosa.
Kalangan ulama melarang mengeringkan air wudhu dengan kain kerana dalam redaksi hadis itu dikatakan bahawa proses pembersihan itu sampai titisan terakhir dari air wudhu itu (ma’a akhir qathr al-ma’).
Wudhu dalam Islam masuk di dalam Bab al-Thaharah (penyucian rohani), seperti halnya tayammum, syarth, dan mandi junub. Tidak disebutkan Bab al-Nadhafah (pembersihan secara fisik). Rasulullah SAW selalu berusaha mempertahankan keabsahan wudhunya.
Yang paling penting dari wudhu ialah kekuatan simboliknya, yakni memberikan rasa percaya diri sebagai orang yang ‘bersih’ dan setiap waktu dapat menjalankan ketaatannya kepada Tuhan, seperti mendirikan solat, menyentuh atau membaca mushaf Al-Quran.Fakta Wudhu sendiri akan menghalang diri untuk menghindari apa yang secara spiritual merosak citra wudhu. Dosa dan kemaksiatan berkontradiksi dengan wudhu.
Dari Abdullah bin Zaid bin Aasim al-Ansariy r.a, beliau telah ditanya: “Tunjukkan kepada kami cara Rasulullah S.A.W berwuduk.. Maka beliau pun meminta sebekas air, lalu menuang sedikit air ke atas tapak tangan dan membasuhnya sebanyak tiga kali. Kemudian beliau memasukkan tangan ke dalam bekas untuk mencedok air dengan tangannya dan berkumur-kumur serta memasukkan air ke dalam hidung dengan air yang sama sebanyak tiga kali. Kemudian beliau mencedok air sekali lagi lalu membasuh muka sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau mencedok lagi dengan tangannya lalu membasuh tangan hingga ke paras siku dua kali. Kemudian beliau mencedok lagi lalu menyapu kepala dalam keadaan menyapu tangannya dari arah depan kepala ke arah belakang dan menyapu tangannya kembali ke arah depan kepala, kemudian beliau membasuh kedua kakinya hingga ke paras buku lali. Selepas itu beliau berkata: Beginilah cara Rasulullah s.a.w mengambil wuduk .”
(Muslim )
Huraian
Wuduk yang sempurna akan mendapat kekhusyukan dalam sembahyang. Sembahyang yang dimaksudkan ialah sembahyang yang mampu menegah seseorang itu daripada melakukan kerja-kerja yang keji dan mungkar kerana wuduk itu bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran najis dan hadas sedangkan sembahyang pula dapat membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah kerana sembahyang adalah merupakan kafarat (memadamkan) dosa-dosa yang telah lalu, selagi seseorang itu tidak melakukan dosa-dosa besar.
Wallahu’alam…. -AZ-
No comments:
Post a Comment